kisah ku

dah 3 semester aku belajar dekat kolej ni bermakna dah lebih dari setahun aku berjauhan dengan keluarga aku. bukan lah aku berjauhan sampai aku tak balik rumah kan. mmg aku ada balik tapi takde lah mcm orang lain balik hampir setiap minggu rumah dekat senang lah kan nak balik. kalau aku nak balik fikir banyak kali kalau balik naik bas tu. sbb perjalanan nak pergi terminal bas tu jauh.

jadinya aku banyak habiskan masa aku dekat Sepang Darul Sepi. belajar mcm biasa. melepak dan segalanya ada kat sini untuk buat hidup aku lebih terjamin. datang tempat orang bawa impian aku walaupun kolej aku takde la gah mcm kolej orang lain kan. setakat nak belajar untuk habiskan diploma boleh lah kan bak kata orang. kalau degree pn kat situ jawapan nya mati katak. bosan nak mampus tempat ni weyh.

kadang2 aku menangis sbb rindukan mama. kdg2 aku tersenyum sorang2 bila teringatkan adik2 aku. kdg2 muram sekejap fikirkan kesihatan papa. biasalah papa dah tua kan ? opss tua kah ? entah lah tua lah kot bagi aku. bagi papa mesti lah dia sentiasa muda. mama sentiasa bagi semangat dekat aku untuk terus hidup dekat tempat mcm ni. mama je lah yang tau betapa susah nya kehidupan aku bila berada dekat sini. mcm mana keadaan aku nak keluar dri tempat jin bertendang ni sbb mama pernah ikut aku datang sini naik bas.

semester 3 adalah sem yang buat aku banyak kali menangis panggil mama sebab aku tak suka keadaan dekat sini. keadaan yang menyeksa aku. menyeksa pemandangan aku. semua serba tak kena. bagi aku biarlah aku hidup dekat tempat aku sendiri dari aku hidup menumpang dekat negeri orang yang aku tak tau apa2. memang betul aku kira mcm orang luar sbb asal usul aku bukan dekat selangor. tapi aku belajar dekat sini nak buat mcm mne kan? biasalah. kalau dapat main campus nnt pn belum tntu aku akan dapat dalam negeri aku sendiri. aku harap sangat dapat tempat yang dekat je . senang aku nak balik.

kalau aku duduk jauh dengan mama dengan papa mesti asyik sedih. entah kenapa padahal bukan nya ada apa pn. orang tak buli aku pn. setakat perli dalam kelas pasal benda kecik. bagi aku alah lantak kau lah. kau nak perli kau perli lah janji aku belajar dekat situ tak mengemis mintak duit orang. selagi mama papa mampu selagi tu mama papa akan tanggung. selama ni pn aku beli barang tak mintak duit dorang pn. kan ? apa orang nak buat aku biar kan je. nak mengutuk apa aku diam. sampai masa terima lah balasan.

orang sekarang mana boleh tutup mulut. tak kan aku nak perli tutup mulut sorang2 kan ? nnt orang cakap aku gila. so aku diam. mama pn cakap bukan nye mati kalau kita tk lawan. diam je. orang nak mengata nak mengutuk biarkan. tu je dia mampu buat. aku pn okay fine diam. sedangkan mama tau tahap baran aku mcm mane. mama pernah tgk aku tumbuk ecah mcm mne. mmg lebam lah ecah tu kene dengan aku kalau ecah buat aku sakit hati. sebab tu mama pesan hidup kene banyak bersabar jangan terlalu ikut kan hati nnt mati.

aku tetap mcm aku walaupun aku ni repeaters abadi mat112. aku tk kesah pn sbb aku berdiri atas kaki aku sendiri. aku repeat ke tak mmg aku tetap aku. Julia yang sebetul nya bukan Hipokrit. aku bukan perempuan baik bukan perempuan solehah . itu mmg bukan aku. mencuba untuk menjadi yang terbaik. berusaha. jangan pandang aku baik sbb aku tetap ada kejahatan. kalau orang buat baik dengan aku , aku akan layan orang tu baik. tapi jangan buat palat dekat aku sbb aku boleh buat balik lagi teruk. tu je.

terima kasih sebab sudi mendengar luahan aku.