Her Nurul Akmalina


Nurul Akmalina binti Jpari. housemate aku ni merangkap classmate aku jugak lah kan sebab mmg dah satu kelas tak boleh nak elak lagi dah. kay nak cakap apa eh pasal dia? cakap je lah sebenarnya dia ni manja garang lah jugak kadang2 dan tak lama lagi mungkin lah dia ni nak jadi pelawak malaysia kot. suka sangat cakap benda yang spontan dan secara tiba2 boleh buat orang gelak. taktahu lah kenapa dia mcm tu. haha. 

kat rumah dia suka masak masak. mcm mak2 kan ? kenyang perut aku sbb dia suka masak. aku ni bab2 masak ni kureng sikit. takde lah pandai sangat memasak nya aku ni. haha. dalam kelas pulak dia ni suka jadi spy peribadi untuk aisyah rosali. apa aku buat dalam kelas semua dia bagitahu aisyah gila meroyan mcm apa ke benda entah.

lepas tu kan dia kan suka sangat kacau siti. kawan aku yang gelak mcm pontianak tu. sekarang dia boleh bg nama budak tu *MIA*. aku sendiri pn taktahu lah kenapa dia kan suka sangat menyakat budak tu. budak tu pulak tahu gelak je lah kan. kalau dah mula gelak susah dah nak benti kalauu dia gelak tahu tak. penyakit gelak sorang tu. 

Akma ni boleh lah buat rakan kongsi bab2 nak menipu aisyah dan jugak pasal2 cinta cintun ni boleh lah sbb dia pn bercinta jugak. so banyak benda aku dengan dia share sama2. dulu masa sebelum rapat pn aku dah mula cerita pasal cinta2 ni kat dia. watlek watpeace je masa tu. haha. btw sayang , me love you tahu. study hard. be the best. 



kenangan kami berdua bersama apabila dia melayan otak mereng aku yang suka sangat snap gambar tak kesah lah ada kat mana pn. haha thanks ama sbb jadi kawan susah senang ketawa menangis dan sebagainya. sekian terima kasih. 



28 May 2013

hello world. Happy me bila dapat apa yang kita nak kan kan kan. gadget paling dinanti2 kan. haha pilihan mama selepas NOTE II. finally i got thissssssss :-)


thanks mom and dad. haha akhirnya berjaya jugak aku dapat benda ni. lama dah tunggu. eceh. pttnya masa dapat hritu kan cerita. tp kan tp kan takde masa lah nak cerita. busy. pergi sana sini dan sana dan sini. haha gila. sebenarnya dapat phone ni sbb result and sama dengan hadiah birthday lah kot. sbb bulan 5 kan birthday aku. so rezeki jangan ditolak musuh jangan di cari tahu. sekarang dah dapat apa yang diingini kenalah belajar lebih rajin. kena lah buat yang terbaik untuk semester akhir ni. sumpah weyh terharu gila sbb bukannya benda murah kan kan kan. hahaha. 

dah lama kot pakai blackberry since 2011 kot. pastu dalam masa 2011 sampai 2013 dah lebih pada satu bb aku aku pakai. suka habiskan duit sbb nak sangat ikut peredaran gadget last sekali ambik kau dah bosan pakai bb nak sangat tukar pakai samsung. pastu nnt lepas samsung tktahu lah apa pulak yang aku nak tukar kan. haha. kelakar jugak aku ni kadang2 kan. kelakar bukan lah boleh masuk raja lawak pn kan biasa2 je pn. saje nak buat batak menaip dekat blog ni kan. 

aku post ni bukan nak menunjuk lah kan saje je sbb kan ni blog aku. suka aku lah nak buat apa pn kan. sebab kan aku tk pernah pulak nak sebok apa orang nak update bagai lah kan. eceh2 tibe kan. btw, samsung S4 ni best gila lah guna. yeay yeay. thanks again mama and papa. love both of you. tak terbalas apa yang mama dan papa dah bagi. cuma tunggu je lah result semester akhir kay. 

hello baby

assalamualaikum semua. fuh bru 2 hari aku dekat rumah oh. hari pertama kemas bilik sendiri hri kedua kemas bilik adik2. sekarang baru lah aku dapat duduk. boring jugak lah bila duduk diam ni kan? ni lah masa nya jari aku nak menari dekat keyboard menaip apa yang aku rasa nak taip. hahaha. ajet nya lah kan ayat aku ni. hihi.

btw, korang buat apa cuti? bagi budak2 UiTM lah kan . sbb aku tahu budak UiTM je yang cuti. yang lain aku taktahu lah pulak kan sebab aku tak ambik tahu. aku tengah plan nak buat apa cuti ni. yang penting bukan menghabiskan duit okay. aku rasa mcm nak duduk rumah jadi budak baik. eceh bajetnya lah ayat aku ni kan.

kadang2 hidup kena ajet sikit. aku ni jenis perasan terlebih dan melebih. rindu budak rumah sebenar nya. adakah mereka rindu aku? haruslah dorang rindu. mana boleh tak rindu sebab aku ni ada lah mak joyah yang tak kan pernah kering air liur untuk membebel. seronok sebenarnya. walaupun kadang2 ada jugak gaduh manja2. omey2 kan ? aku gaduh sampai lari rumah sebab merajuk terlebih sangat. tacing lah katakan.

sekarang duduk kat rumah taktahu nak cakap dengan sape. nak tahu tak kenapa? sebab mama asyik busy memanjang. what to do lah kan kalau mama asyik busyyyyyyy je. tunggu lah lepas pilihan raya nnt baru lah ada masa nak bercerita dengan mama. ada jugak lah mama borak2 kejap. sebab tak boleh lama2 mama penat nak layan aku cakap. hihi.

apa lagi aku nak cakap eh ? aku sebenarnya nak cerita pasal budak rumah aku tapi takde masa lagi aku nak bercerita pasal mereka. maybe esok ke. korang tunggu okay. bagi yang membaca blog aku yang merepek ni lah kan. later i will update lagi. bye semua :)