Social Networking

twitter di tengah malam bersama mereka. haha nak tengok. kejap eh 

ha tengok tu interactions aku ? nampak tak kawan2? hahaha. dorang ni buat aku nak tergelak je. entah apa dorang cakap aku pn tak faham. aku main menyampuk je. aku bukannya tahu pape pn. suka hati aku je nak menyampuk. maklum lah dah malam takde kawan nak ajak bercakap. aku  bercakap dengan twitter. pastu nampak plak tweet si nurul ngan wawa apa lagi kacau ah. sampai aku sendiri yang jijik sbb aku tak faham apa dorang cakap. crush lah apa lah. aku buat2 je faham. back up nurul. eceh. hahaha. aku nak gelak kuat2 tak boleh sbb dah malam kan mcm nak gelak kan ? so gelak dalam hati tengok gelagat dorang ni. buat biasa2 sudah. ahahaha :) 

kadang2 orang yang tak rapat dengan kita ni boleh buat kita gelak kuat sampai nak terkeluar isi perut. ha ni lah dia. aku bukan baik sangat pn dengan wawa and nurul. jumpa setakat hi kbai, kalau bbm nurul cari hana je, nampak tak aku ni sombong. hahah takde lah just joking. k taktau nak cakap apa. jmpa next publish :)

For a long time

hi semua. dah lama dan dah berkurun agaknya aku tak tengok blog. entah kenapa mood untuk menaip takde. al maklum lah busy lah katakan. puihhh lah busy apa kejadah nya aku pn tak tau lah. haha. hmmm, apa cerita sekarang eh? sekarang busy untuk final exam. biasa lah busy baca buku untuk killer paper ECO120. menyeramkan oh. serious aku cakap belajar eco bukan lah senang sebenarnya. even kod untuk eco tu 120 je , tk fikir pulak orang yang dah belajar kod 400 dan ke atas bla bla. 

memang ah takde apa yang senang dalam dunia ni kan. semua orang pn akan cakap benda yang sama sbb setiap orang akan mengalami masa susah senang dia. aku pn ada masa senang dan ada masa aku susah. untuk semester 4 tahun terakhir aku belajar dalam Diploma Office Management and Technology aku rasa banyak dah dugaan aku tpi biasa lah adat dalam pelajaran untuk menggengam segulung diploma. ingat senang ke ha? susah okay. kena banyak bersengkang mata sbb nak study dan sebagainya. belum tambah lecturer nak buat kelas tambahan lah test la bla bla. 

pejam celik pejam celik aku pn tinggal satu semester lagi untuk habiskan masa diploma aku. tu pn kalau aku tahap selamat lah semester akhir nnt. harap2 aku selamat lah kan. doakan lah aku ye kawan2 yang sudi membaca blog kau yang tak seberapa nak best ni kan. kadang2 rasa mcm malas sgt nak belajar entah lah kenapa kan. mmg adat seorang mahasiswi mcm ni eh ? poyo lah. semester 4 aku rasa semester malas aku. nasib baik lah aku ada kawan sekelas. akma nama dia yang selalu jugak membebel dan marah2 aku sebab aku malas belajar. eceh bangga lah dia ada nama dia disebut dekat sini. tu pn kalau dia baca blog aku ni.

k entah nak cerita pasal apa lagi. aku banyak benda nak share dengan korang. tapi pasal life aku jelah. life orang yang istimewa ni tkde lagi buat masa ni. belum jumpa yang sesuai untuk menggantikan yang lama. doakan kebahagiaan hidup saye ye . much love :*